Assalamualaikum.
Pertama sekali sebelum hamba lupa, terima kasih hamba rakamkan buat rakan-rakan yang rela berhabis pitis untuk sambut hari jadi hamba dan rakan-rakan(aizul dan afham). Tak ternilai rasa persahabatan hamba terhadap rakan-rakan yang prihatin, sama seperti persahabatan rakan-rakan:) Thank u so much. Arigoto. Mucho gracias. Danke. Syukron. Si siek. Hahaha....:P
Apapun, suka hamba bangkitkan di sini sikap sesetengah kita yang tak suka memberi kerjasama dalam sesuatu pekerjaan yang menyusahkan jadinya hal yang senang, yang menyerabutkan bikinnya hal yang menenangkan. Sahabat-sahabat sekelas tentunya tahu apa yang hamba maksudkan. Sebenarnya hal-hal seperti ini bagi kita tidak perlu diperkatakan lebih-lebih. Orang tahu sudah, kita pun begitu tetapi banyak yang tahu tu TIDAK MAHU MENGERTI.
Jadi apa yang kita rancangkan? Payah kita nak tegur hati yang enggan mendengar sebenarnya. Hamba cuma mampu berharap dan berdoa, sekalipun orang sebegini ada di antara kita, janganlah mereka menyusahkan kita. Payah bagi sesetengah orang nak menegur. "Bukan Urusan Saya" sepatutnya tak jadi amalam kita. Tetapi, disebabkan sesetengah manusia sangat bisa lentingannya kala ditegur, "bukan urusan saya" menjadi amalan kita.
Fikir-fikirkanlah antara kita. Kita antara menyibuk atau prihatin sebenarnya? Dua-dua mungkin. Tapi kalau tak ada yang sudi menegur, biarpun mungkin menyibuk semata-mata, payah kita nak hidup untuk jadi insan yang lebih baik sebenarnya....kerana itu,

BERSYUKURLAH JIKA ADA YANG SUDI MENEGUR, ANGGAPLAH ALLAH SWT MENGHANTAR RAHMATNYA DEMI KASIH DIA KEPADA KITA!