BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

...Jemput di jemput, yang jauh di mata dan dekat di hati:)

..Orang berbudi kita berbahasa.
Orang memberi kita merasa.
Orang bertanya kita menjawab.
Orang membangkang kita menghurai.
Orang menampar kita menahan.
Orang marah kita bersabar.
Orang menjengkel kita merenung.
Orang bermusafir kita berfikir.
Orang memanggil kita menyahut.
Orang sudah bersopan, tidak mengharap kebiadapan!
Powered By Blogger

Saturday, October 3, 2009

Lingkaran Hidup.

...........Barangkali setelah sekian lama, kita seperti acuh tak acuh mengingati rakan-rakan seperjuangan di sekolah dahulu. Saya senang merujuk kepada sekolah berbanding institusi lain kerana di sekolah jualah tempat kita mencari dan menemui identiti serta matlamat hidup. Saya sendiri juga punya berbondong pengalaman dan cerita yang bercampur aduk duka dan suka. Sepertinya kalau hendak berkongsi pengalaman ini, mungkin beberapa buah novel boleh disiapkan. Wallahua'lam. Namun ada satu tragedi yang tidak akan saya lupa sampai bila-bila pun. Tragedi ini mengambil tempatnya sewaktu saya dalam tingkatan lima. Bergelar Ketua Utama Seksyen unit beruniform Badan Bulan Sabit Merah Malaysia, (BBSMM) saya memikul banyak tanggungjawab. Sering tikanya pembelajran saya terganggu. Tetapi, yakin dan percaya akan kerjasama rakan-rakan serta anak-anak buah saya, saya berasa senang menabur bakti. Walaupun ada tikanya saya berasa terlalu letih dan nawaitu mula bertukar arah, saya gagahkan diri jua. Kerana apa? Kerana saya yakin akan bantuan rakan-rakan, nasihat dan dorongan mereka. Tetapi keyakinan saya iu bagai tertampar. Terasa sakit dan perit yang amat.
Waktu itu ada antara kami yang perlu bertugas di Majlis Sukan Sekolah Malaysia Daerah Besut 2008. Disebabkan saya berasa tak larat lagi dan sangat ketinggalan dalam pembelajaran subjek-subjek kritikal, saya meminta pertolongan seorang teman ini untuk menguruskan pencarian pelajar-pelajar yang boleh bertugas semasa kejohanan itu. Tugas itu meliputi pertolongan asas kecemasan sebagai 'First Aider'. Lalu teman ini bersetuju. Persetujuannya itu melegakan serabut kepala saya saat itu. Tetapi setelah beberapa hari, dan kejohanan itu masih berlangsung, timbul satu masalah. Pada mulanya saya menganggap masalah ini kecil. Apabila disiasat, anggapan itu meleset sama sekali. Saya telah lupa apa yang berlaku (atau mungkin hati saya sudah enggan mengingati kepahitan itu) tapi apa yang pasti, teman saya itu terlibat dalam hal ini. Sedih dan kecewa sekali, saya yang tidak tahu-menahu sedikitpun tentang hal ini turut diheret sama. Hingga pada saat itu, nama saya 'panas' seluruh sekolah, lebih-lebih lagi dalam kalangan pelajar tingkatan lima. Guru yang bertugas dalam hal ini turut mendapat malu. Apa yang lebih mengecewakan, sahabat baik saya saat itu lebih mendengar kepada teman yang satu ini dan turut menuding jari kepada saya. Tegurannya yang tidak kena hampir membuatkan saya meninggi suara padanya. Demi mengelakkan perhatian orang sekitar, saya berlalu pergi. Air mata saya menitis.
Tak berapa lama, saya dan teman yang satu ini serta rakan-rakannya berjumpa guru berkenaan. Saya mahu meminta maaf kalau apa yang telah berlaku ini berpunca daripda saya. Tapi saya tahu, saya tetap reda. Menangis benar rakan kepada teman saya itu saat mendengar kata-kata guru itu. Perasaan saya sedikit berkecamuk. Saya tidak menangis mahupun gembira dengan kejernihan keadaan...dan guru itu meminta perdamaian. Saya diamkan diri. Sebagai yang difitnah, saya memandang cadangan itu sebelah mata tetapi saya diamkan diri sahaja. Dan sememangnya saya seorang yang diam.
Malam sebelum perjumpaan itu, saya reflek apa yang terjadi. Dalam hati, kekecewaan saya sudah tak dapat digambar. Tetapi kata hati, saya kuat. Namun sewaktu sedang solat Maghrib, air mata saya mngalir tanpa henti apabila membaca ayat ..ihdinas siratulmustaqim dari surah al-Fatihah. Tunjukilah kami jalan yang lurus...tak dapat saya gambarkan dengan kata-kata peasaan saat itu. Allah taala lebih tahu. Dan dia tetap lebih tahu...
Cukuplah setakat ini saya kira. Bercerita tentang sesuatu seperti ini bukan kegemaran saya namun saya mahu berkongsi dengan yang sudi membaca. Saya berdoa, semoga yang ditulis ini menjadi pengajaran buat anda. Ada tikanya, kita mahu mengangkat prestasi orang lain tetapi Allah Maha Tahu, al-Alim, dalam masa yang sama kita menjatuhkan maruah diri. Wallahua'lam@_@

0 comments: